Ya ALLAH! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang layak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau...
Sebanyak-banyak kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul 'Alamin atas segala nikmat yang tidak putus-putus diberikan. Nikmat Islam dan Iman yang amat berharga sehinggakan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Subhanallah..
Melangkah ke alam pekerjaan merupakan suatu pengalaman yang amat berbeza jika dibandingkan semasa berada di alam kampus atau sekolah. Jika dulu hanya berfokuskan kepada teori dan hanya sedikit sahaja praktikalnya, tetapi sekarang semuanya perlu diaplikasikan. Jika dulu statusnya pelajar tetapi sekarang bertukar menjadi pendidik.
Cabaran terbesar ialah untuk mendidik pelajar. Mengajar itu mudah tetapi mendidik pelajar itu bukanlah sesuatu yang mudah. Mudah bagi pandangan mata kasar orang luar yang tidak terlibat secara langsung dengan arena pendidikan. Cikgu banyak cuti...kalau Hari Guru dapat hadiah !....Tetapi apabila memikirkan tugas seorang guru sebagai satu amanah Allah dan setiap amanah itu akan ditanya di akhirat nanti, terasa betapa beratnya tugas seorang guru. Tambahan pula dengan pelbagai karenah pelajar yang tidak menghormati guru dan masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Itulah gambaran pelajar sekolah sekarang.
Setiap sekolah mempunyai biah yang berbeza dan tentunya cabarannya juga berbeza. Tetapi jangan jadikan suatu masalah itu sebagai fokus utama...tabahkan hati, besarkan jiwa dan kuatkan iman untuk hadapinya dengan tenang.
Sabar dan syukur...dua perkataan yang mengandungi maksud yang berbeza. Apabila mendapat sesuatu yang tidak menepati dengan kehendak hati, tentu ada yang berpesan, 'Sabarlah ye...ni ujian ALLAH. Sesungguhnya Allah bersama kita'. Apabila mendapat sesuatu yang menyenangkan hati, pasti tiada ungkapan yang selayakkan dilafazknan melainkan lafaz hamdalah kepada Allah yang selayaknya. Apabila muhasabah diri semula, kita jarang sekali memanjatkan kesyukuran apabila mendapat musibah. Walhal, ujian yang diberikan sesuai untuk kita..yang telah dijanjikan ALLAH selayaknya dengan kemampuan kita. Astaghfirullah...
Untuk sahabat-sahabat yang disayangi...bersyukurlah dan bersabarlah di mana-mana sahaja kita ditempatkan untuk mendidik. Pandanglah kepada seseorang yang kurang bernasib baik lagi berbanding dengan kita. Agar semakin bertambah keyukuran kita.
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)
Konvokesyen merupakan saat-saat yang amat dinantikan oleh seseorang yang menamatkan pengajian disesebuah insitusi pendidikan tinggi sama ada awam atau swasta. Jika dahulu bergelar mahasiswa/i dan sekarang bertukar status kepada graduan. Status sebagai graduan bukannya untuk dibangga-banggakan bahkan mempunyai maksud yang tesirat.
Semasa di kampus dahulu kita disibukkan dengan pelbagai assignment, kuiz, tesis dan sebagainya dan selepas ini kita akan berhadapan dengan cabaran kerja dan pelbagai karenah mahupun tuntutan kehidupan. Inilah masanya kita dapat menilai setinggi manakah nilai segenggam ijazah. Nilai segenggam ijazah itu bukan terletak pada PNGK mahupun anugerah yang diperolehi semasa konvokesyen. Tetapi nilainya terletak pada sejauh manakah kita dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dalam konteks seorang hamba dan khalifah di muka bumi ini. Bukannya suatu tugas yang mudah.
Jika dahulu apabila terlupa ada sahabat yang mengingatkan, namun selepas ini kit perlu lebih berdikari. Sebagai seorang hamba, alangkah baiknya jika ilmu yang diperolehi boleh mendekatkan diri dengan ALLAH. Sebagai seorang khalifah, alangkah baiknya jika ilmu yang diperolehi boleh memakmurkan muka bumi ini. Tujuannya satu iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan dan kebangitan Islam. Sesungguhnya janji Tuhan pasti berlaku…
‘End of the Beginning’
Teringat kata-kata seorang pensyarah….‘end of the beginning’. Ini adalah pengakhiran bagi suatu permulaan. Selepas ini langkah akan diteruskan lagi dalam alam pekerjaan yang amat mencabar. InsyaALLAH, moga2 perjalanan menuntut ilmu ini tidak berhenti di sini sahaja malah berterusan hingga ke akhir hayat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam….dari buaian hingga ke liang lahad.
Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas dapat berkongsi sesuatu yang berguna dengan x-housemateku…tentang perancangan pada masa yang akan datang. Apakah yang akan kita buat untuk 1 tahun, 2 tahun dan tahun-tahun yang akan datang? Nak sambung master ke atau nak kerja terus ke….. Tidak salah merancang. Perancangan bukan suatu angan-angan. Malah amat dituntut. Bukan salah kita jika kita mencapai apa yang dirancang. Tetapi pasti ada hikmahnya. Kerana perancangan ALLAH maha Hebat. Thanks ateh…a good sharing…
Tahniah!
Sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat yang berkonvokesyen baru-baru ini. Pelbagai cabaran yang telah kita hadapi bersama. Terima kasih atas sokongan kalian. Tidak lupa buat ibubapa, pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang banyak membantu. Buat adik-adik yang masih berada di UPSI....fiza, wana, linda, hala, nisah dan lain2 yang tidak disebut...terima kasih atas sambutan kalian terhadap kami... teruskan perjuangan di bumi tercinta.....
Bismillahi wal hamdulillah…Dengan dengan nama ALLAH dan pujian keatas-Nya dipanjatan sebagai pembuka bicara. Siapa lagi yang layak dipuji melainan DIA, Tuhan sekalian alam ini? DIA yang mengurniakan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Sekiranya dihitung nikmat-nikmat itu nescaya tak mampu dihitung walaupun oleh graduan Matematik Universiti Oxford. Jadi, nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?
Sungguh egois manusia ini. Sering merasakan diri lebih hebat dari orang lain. Apa orang kata..sindrom ‘ ana khairum minkum’ – saya lebih baik dari kamu. “Saya seorang penulis yang hebat” kata seorang penulis yang terkenal. “Saya dapat PNGS yang lebih baik berbanding dengan pelajar lain” kata seorang mahasiswa. “Akhlak ana lebih baik darinya” kata seorang da’i. Inilah realitinya kita sekarang. Walaupun tidak pernah melafazkannya, pasti ia terdetik dalam hati kecil apabila merasakan diri lebih baik berbanding orang lain. Wahai diri, lupakah kamu…siapakah yang memberikan idea-idea untuk menulis? Siapakah yang meminjamkan nikmat kebikjasaan kepadamu? Siapakah yang mencampakkan hidayah kepadamu sehingga menjadikan akhlakmu sebagai bunga diri? Kalau bukan ALLAH, siapa lagi? Hebatkah kamu berbanding DIA? Tepuk dada, tanya iman…
Tidak salah menjadi penulis yang hebat, tidak salah menjadi pelajar terbaik dan tiada salahnya berakhlak mulia. Habis tu apa yang tak kenanya? Singkirkan perasaan riya’, ego dan sombongmu…selami dirimu. Setiap insan pasti tak terlepas dari sifat-sifat ini sekalipun seorang ustaz yang memberikan ceramah tentang bahaya riya’ mahupun seorang penulis blog yang mengupas tajuk ini. Islam sendiri yang menuntut ummatnya menjadi orang yang hebat. Tiada salahnya menjadi hebat. Junjungan Besar kita Rasulullah (S.A.W) adalah manusia hebat. Menjadi ‘qudwah hanasah’ untuk kita semua.
Jika kamu seorang penulis yang hebat, ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Hebat. Dia mampu menarik balik nikmat-nikmat yang dikurniakan dalam sekelip mata. Jika kamu seorang cerdik pandai, ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Bijaksana dan jika kamu seorang yang baik akhlak, ingatlah bahawa ALLAH mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang indah dan baik berbanding kamu. Jadi, asuhlah diri, didiklah hati, rendahkan keegoanmu, padamkan api kesombonganmu yang meluap-luap. Tidak kira kamu seorang penulis, mahasiswa mahupun seorang da’i, jadilah seorang yang merendah diri, tidak riya’ dan sombong. Merendah diri itu tidak beerti engkau rebah. Menundukkan hatimu bukan beerti engkau tersungkur. Walaupun pada pandangan manusia, engkau mungkin dipandang biasa atau sebelah mata sahaja, ingatlah bahawa pada pandangan ALLAH engkau tetap tinggi dan mulia. Lihat mutiara di lautan, walaupun berada nun jauh di dasar lautan biru, tetapi ia tetap berharga…Subhanallah…
Ambillah apa-apa yang bermanfaat daripada coretan ini. Saya amat mengharapkan komen daripada semua jika terdapat sebarang kekurangan mahupun penambahbaikan dan perkongsian yang berkaitan.
Alhamdulillah, hari ini genap sebulan kita berpuasa. Begitu cepat masa yang berlalu. Terasa bagaikan baru semalam Ramadhan menyapa kita. Pujian yang tak terhingga dirafa'kan kepada Tuhan semesta alam kerna masih memberi peluang kita mengharungi madrasah Ramadhan dengan baik. InsyaALLAH moga2 kita akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang....
Sudah sebulan kita berusaha menggandakan dan melakukan ibadat dengan sebaik mungkin...Jadi jangan pula kita cemari kesucian bulan Syawal dengan perkara yang dimurkai ALLAH...solat jangan dilupakan, jaga batasan pergaulan, pelihara aurat kita dan banyak lagi...Apa yang lebih penting banyakkan beribadat dan panjatkan doa pada malam raya..
Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.” (Ibnu Majah)
Semoga kita tergolong dalam kalangan golongan yang hati tidak mati pada hari matinya hati orang-orang kafir...aamin...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan 'taqabballahu minna wa minkum'.....Semoga setiap apa yang kita lakukan dikira sebagai ibadat dan diterima di sisi Allah..Salam lebaran dan ampun maaf dipinta atas segala salah dan silap buat semua yang mengenali diri ini.....kullu 'aam wa antum bilkhoir....
Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-mubarak untuk semua. Sedar tidak sedar kita berada di penghujung Syaaban dan Ramadahan yang mulia akan menjelma. Sungguh cepat masa berlalu. Jika dihitung apakah yang telah kita lakukan selama 11 bulan lalu, terasa sungguh sedih mengenangkan diri yang masih lagi bergelumang dengan dosa kemaksiatan yang dilakukan. Bagaikan pepasir di pantai, itulah dosa yang dilakukan sampai tak terbilang banyaknya....Astaghfirullahal'azim..Semoga Engkau mengampunkan dosa-dosaku ini. Sungguh luas rahmat-Mu Tuhan...Engkau hadiahkan Ramadhan yang mulia ini untuk menyucikan dosa-dosaku..Itulah bukti kasih sayang-Mu Tuhan....Terima kasih ya ALLAH....
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Bukhari &Muslim)
Sungguh istimewa bulan Ramadhan. Allah menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta mengharapkan keredhaan Allah pula akan dikurniakan baginya keampunan dari segala dosa-dosa yang pernah dilakukan itu. Di sinilah terdapat seribu keberkatan. Malah pada bulan inilah juga Allah S.W.T menurunkan kitab al-Quran.
Semoga Engkau menerimaku sebagai tetamu Ramadhan-Mu...... Semoga Ramadhan kali ini penuh makna untukku dan jadikanlah Ramadhan pada kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu...
Ayuh sahabat2, kita rebut tawaran hebat daripada ALLAH ini. Promosi setahun sekali sahaja. Bersama-sama kita hidupkan Ramadhan dengan qiamullail, tadarus quran, sedekah dan amalan-amalan lain...Rebutlah keberkatan dan keampunan yang kita cari selama ini...
Ramadhan kareem, kullu 'aam, wa antum bilkhoir....
Sebanyak2 kesyukuran dirafa’kan kepada Tuhan semesta kerana masih membenarkan jari-jemari ini menaip bagi berkongsi sesuatu. Moga2 bermanfaat untuk semua.
Sudah lame rasenye tidak mengupdate blog ini. Maafkan saya sekiranya membuatkan semua tertunggu2 entry yang terbaru. Bukan tidak ingin mencoretkan sesuatu, tetapi dibatasi banyak perkara. Kadang2 di luar jangkaan kita. Tetapi maha hebat perancangan ALLAH. Semuanya adalah yang terbaik untuk kita…. Kadang-kadang terasa amat cemburu terhadap sahabat2 yang selalu mengupdate blog mereka. Syabas saya ucapkan, walaupun sibuk mengajar bagi yang berpraktikal dan menyiapkan assignment bagi yang berada di kampus, namun masih mampu lagi istiqamah berkongsi entry2 yang bermanfaat….
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menjalani praktikal di SMKDA, akhirnya pada 14 Mei yang lalu, tamatlah sesi praktikal di sana. Saya amat bersyukur kerana diberi kekuatan oleh-Nya untuk mengharungi sesi praktikal ini dengan baik. Thanks to my housemate…..ila, diya n nadiah…kerana banyak membantu dan memberi sokongan selama ini.
Terima kasih juga buat cikgu2 SMKDA kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang sesi praktikal ini. Semoga kita dapat menjadi pendidik yang baik. Kerana di bahu kita tergalas satu tanggungjawab yang besar. Kita adalah pewaris nabi.
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), bererti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]
kakak2 yang ceria...k.linda, k.jaja n k.lina.....x cukup ahli ni...k.suzana n k.dila x ade
Bersama-sama kakak2 DPLI dan GST semasa hari Kokurikulum (k.lela, k.ayu, k.wani, k.isma n k.ma-tak ade dalam gambar)
Koir hari guru (bersemangat cikgu zuraidi memimpin lagu ‘guru Malaysia’ sehingga kucar-kacir dibuatnya kami menyanyi)
Sukaneka hari guru (dari depan ust Nazri dan rakan-rakan. Ust, kumpulan kita dapat no 1 acara sukaneka hari guru…dapat Tupperware besar lagi! Ust Nazri suka mengusik kami guru-guru praktikal….)
To my beloved students, 4ST2 dan 2A1……thanks a lot coz your cooperation and attention during first and second observation…. Sesungguhnya gelagat kalian sepanjang sesi praktikal ini, menceriakan hidup cikgu. Cikgu doakan semoga kalian berjaya di dunia n akhirat. Carilah keberkatan dari segenap ilmu yang diperolehi. Jadikan ilmu yang diperolehi sebagai pelita hidup yang akan menyuluh sepanjang perjalanan kehidupan kalian.
Dalam sebuah hadis Rasul Allah S.A.W ada menyebut yang bermaksud:
“sekiranyakamuinginkan akhirat, hendaklah kamu berilmu, jika kamuinginkandunia, hendaklah juga kamu berilmu, dan jika kamuinginkan kedua-duanya, hendaklah juga kamu berilmu.”
4st2 yang disayangi… Bio is fun!!!
Pelajar2 2A1 (maafkan cikgu sebab selalu habiskan kelas lambat pada hari isnin dan khamis. Sampai ada yang tertinggal bas…)
Sesungguhnya kenangan berpraktikal di SMKDA tidak dapat dilupakan. Terima kasih buat pengetua dan barisan staf pentadbiran yang banyak membantu serta semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Buat guru pembimbing, k.suzana, terima kasih atas bimbingan yang diberikan…barakallahufik……
Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Dia masih mengurniakan hembusan nafas yang amat berharga untuk kita terus hidup tanpa mengenakan sedikit bayaran pun. Maha Pemurahnya Allah. Namun masih ramai lagi yang tidak menyedari kenikmatan yang Allah kurniakan sehingga sanggup mengingkari-Nya.
Sudah lama niat untuk berkongsi sedikit pengalaman menjalani latihan mengajar terhenti gara-gara kesibukan sebagai seorang ‘guru’ di sekolah. Pada mulanya, rasa tidak percaya bahawa saya merupakan antara hamba Allah yand dipilihnya oleh-Nya untuk memikul amanah yang mulia ini. Kalau dahulu seorang pelajar..tapi sekarang kena berfikir camne nak mengajar. Sekilas pandang, amat senang tugas seorang guru, hanya mengajar di sekolah. Namun, pada hakikatnya tidak semudah yang disangkakan. Apatah lagi sebagai pembawa agama Allah. Di mana sahaja kita berada pasti ada yang memerhatikan kita dan tak kurang juga yang mencari kesalahan kita. Betullah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah (S.A.W) cabaran yang akan dihadapi oleh para da’i.
Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1.Mukmin yang dengki padanya
2.Munafik yang benci kepadanya
3.Kafir yang memeranginya
4.Syaitan yang menyesatkannya
5.Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
Moga-moga bekalan yang diperoleh semasa di sekolah dan kampus dahulu menjadi suatu azimat yang berharga untuk meneruskan perjuangan ini di medan yang sebenar. Aamin….
Sedih, gembira…. Begitulah perasaan saya yang bercampur-baur. Sedih kerana berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan….ateh, masatirah, dayah, qilah, biha, kak nurul dan lain-lain. Terasa lemah diri ini tanpa kehadiran sahabat-sahabat di sisi. Tiada apa yang diharapkan daripada kalian melainkan doa yang tak putus-putus untuk diri ini istiqamah dijalan ini hingga akhirnya.
Saya bersyukur kerana dapat menjalani praktikum di sekolah yang saya pilih…SMK Dato’ Ahmad, Lenggong. Keadaan di sini mungkin lebih tenang berbanding dengan sahabat-sahabat yang berpraktikum di kawasan Bandar. Lenggong merupakan sebuah pekan kecil di Daerah Hulu Perak. Namanya pun dah Hulu Perak…jadi kawasannya boleh dikatakan agak luar Bandar atau dengan kata lain agak pendalaman sikit. Walaupun begitu, infranstruktur di sekolah ini boleh dikatakan agak lengkap. Apatah lagi sekolah ini mempunyai banyak aliran….ada kelas Sains Tulen, MPV, Rancangan Khas Arab, LKJ dan banyak lagi.
Suasana pagi di SMKDA
Pada mulanya agak kekok juga untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sini. Jika semasa di MMP dahulu pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja dan biah nya pun adalah solehah, kini suasana di sini amat berbeza sekali. Tapi alhamdulillah..lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah ini. Agak sedih juga melihat generasi kini dengan pelbagai telatah. Tidak seperti dahulu…pelajar amat menhormati guru. Sekarang segalanya telah berubah. Pelajar tidak lagi semakin kurang ajar. Jika berselisih dengan guru, segelintir sahaja yang memberi salam….. jadi, camne nak dapat keberkatan dalm pelajaran? Walhal keberkatan itu penting untuk seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Teringat kepada ustaz-ustazah semasa sekolah menengah dulu, mereka banyak menekankan konsep keberkatan dalam pelajaran. Alhamdulillah, hasilnya boleh dilihat daripada produk-produk yang dikeluarkan oleh ‘bumi barakah’ yang dicintai.
Pemandangan indah di MMP, KB
‘Good afternoon ustazah!!!’ begitulah antara gelagak pelajar. Saya mampu untuk tersenyum sendirian. Mungkin juga kerana penampilan diri saya sebegini dan saya pula mengajar subjek Sains, Biologi dan Sivik. Walaupun tidak mengajar pendidikan Islam atau Bahasa Arab dan subjek seangkatan dengannya, tapi jauh di sudut hati ini subjek-subjek itu amat saya rindui dan telah sebati dalam jiwa ini sejak dahulu lagi. Begitulah indahnya ilmu agama Islam. Tapi kita tidak boleh nafikan juga Sains, Biologi mahupun subjek-subjek lain merupakan ilmu Allah. Terpulanglah kepada seseorang guru itu untuk menyesuaikan subjek-subjek yang diajar dengan tuntutan Islam. Itulah yang saya sedang fikirkan… Jadi, usaha ke arah itu perlu digiatkan lagi oleh kita semua. InsyaALLAH, moga-moga ia menjadi suatu kenyataan suatau hari nanti. Amin..
Saya sangat bersyukur kerana saya mendapat guru pembimbing yang ‘fresh graduate’…lepasan USM. Itulah k.suzana. Baru 1 tahun mengajar disekolah ini. Selepas menamatkan pengajian di USM, k.suzana terus di postingkan di sini. Tak lekang dia memberi tunjuk ajar kepada saya. Boleh dikatakan setiap kelas yang saya mengajar, k.suzana akan masuk dan observe saya tanpa disuruh. Begitulah komitednya k.suzana terhadap amanah yang diberikan. Setiap kali sesi observation, k.suzana akan memberi sedikit komen dan cadangan penambahbaikan. Kak Suzana banyak memberi semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik untuk praktikal ni. Terima kasih kak….
Untuk sahabat-sahabat yang lain, selamat menjalani latihan mengajar. Moga dapat mengharunginya dengan baik. Sesungguhnya..dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung.
Mengapa harus seseorang memilih cara hidup yang lain selain ISLAM? Sedangkan ISLAM telah menyediakan suatu cara hidup yang sempurna.
“Islamitutinggidantiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)
Begitu tingginya ALLAH meletakkan ISLAM sehinggakan tiada mana-mana agamapun yang menyamai ISLAM. Ayuh umat ISLAM sekalian...kita tinggalkan segala perkara yang boleh merosakkan ISLAM dan akidah Islamiyah. Jadikan ISLAM sebagai cara hidup kita.
Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Dia masih mengizinkan untuk jari-jari ini memetik keyboard laptop.
Sudah agak lama blog ini tak terusik dek kesibukan menjalani ROS dan praktikum. Tambahan pula, kemudahan untuk mengakses internet juga amat sukar kecuali apabila berada di sekolah.
Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat yang baru sahaja menghadap Ilahi beberapa minggu lepas..."Hidup ini adalah perjuangan dan perjuangan ini amat meletihkan. Tiada istilah 'rehat' dalam pejuangan ini. Tempat 'rehat' yang sebenarnya adalah di sana nanti". Saya amat terkesan dengan kata-katanya... Al-fatihah untuk arwah akh Faizol & akh Fadhiri..... Moga-moga kedua-dua arwah mendapat 'kerehatan' yang sebenarnya di sisi Ilahi yang menjadi rebutan bagi setiap insan yang bergelar pejuang.
Untuk sahabat-sahabat yang sedang bertungkus-lumus melakukan gerak kerja PRK, selamat bekerja untuk ISLAM. Moga-moga kemenagan mengiringi perjuangan kita.
p/s: Salam mujahadah untuk mujahidah wana dan sahabat-sahabat yang lain. La takhaf wala tahzan. Innallaha ma'ana.....
Langkah demi langkah dihayun. Masa yang berlalu begitu jauh meninggalkanku. Segala yang berlaku, tersimpan rapi dalam lipatan kenanganku. Segala pahit manis dan suka duka telah aku lalui. Begitu cepat masa berlalu. Semakin hari, semakin bertambah umurku. Tak dapat untukku putarkan masa walaupun sesaat. Yang berlalu tetap akan berlalu. Sedar tak sedar aku berada pada tahun 1431H. Tahun 2010H pula semakin hampir... Teringat aku akan salah satu daripada 6 pesan Imam al-Ghazali kepada anak muridnya...
Imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Tersentak diriku dengan kata-kata Umar Al-Khattab: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan.... Hari demi hari berlalu. Namun, berapa banyak kita menghitung keburukan, kemaksiatan dan kelalaian yang telah kita lakukan selama ini???Amal kebaikan, ibadat,zikrullah...???Adakah kita hanya berpuas hati dengan amalan kita untuk kita gapai syurga ALLAH??? Kita impikan redha-Nya...namun kita tak sedar sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan selama ini mengundang kemurkaan-Nya.
Ya Allah, ampunkan segala dosaku, kelalaian diriku, kemaksiatan yang aku lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Ya Allah, kurniakankah keikhlasan dalam setiap perkara yang aku lakukan. Aku mengharapkan redha-Mu pada setiap apa yang aku lakukan. Jauhkanlah aku dari kemurkaan-Mu. Jangan sehingga redha-Mu yang ku dambakan, namun kemurkaan-Mu yang ku dapat. Jadikanlah hari-hari yang mendatang, menjadikan aku semakin hampir dengan-Mu, bukan semakin jauh dari-Mu seperti hari-hari yang telah berlalu. Semoga Engkau menerima segala amalanku dan kabulkan doaku. Aminn...ya Rabbal 'alamin.
'Islam Manhaj al-Hayah'
p/s: Selamat menyambut Tahun 1431 H dan 2010M buat sahabat2. Tanamkan tekad dan semaikan azam dalam diri agar segala matlamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan. InsyaAllah...Barakallahufikum.....
Adik-adikku… Sebanyak-banyak kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi, Kerna pertemuan kita semalam, Terasa indah ukhuwah fillah ini, Susah senang kita lalui, Suka duka kita hadapi, Tangis tawa kita rasai, Segala-galanya kita lakukan bersama, Untuk menegakkan kalimah Tauhid,
Adik-adikku… Jalan ini bukannya mudah buatmu, Kau tak disediakan hamparan merah, Kekadang kau akan merasa lemah, Tapi percayalah… Kau tak berseorangan…Allah bersamamu, Janji Tuhan pasti berlaku, Kemenangan pasti datang,
Adik-adikku… Begitu pantas masa berlalu, Aku akan meninggalkanmu semua, Untuk meneruskan kehidupan ini, Pertemuan & perpisahan memang fitrah kehidupan, Tapi lebih indah jika segalanya kita lakukan kerana Allah, Berpisah dimata…dihati jangan, Ku harap kita terus istiqamah di jalan ini, Kita bukanlah pemula perjuangan ini mahupun pengakhir, Tapi penyambung mata-mata rantai perjuangan ISLAM, Hidup mulia atau mati sebagai syuhada’…
Adik-adikku… Moga kita akan bertemu lagi, Jika bukan di sini…di syurga menanti, InsyaALLAH…
*Ditujukan khas buat adik2ku yang tersayang…fiza, fifah, wana, hala, yani & linda. Tak lupa juga untuk ikhwah wa akhowat yang masih berada di upsi. Doakan saya terus istiqamah di jalan ini walaupun baru sahaja melangkah meninggalkan alam kampus.