Friday, April 29, 2011

Hamdalah

Bismillah wal hamdulillah.....

Sebanyak-banyak kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul 'Alamin atas segala nikmat yang tidak putus-putus diberikan. Nikmat Islam dan Iman yang amat berharga sehinggakan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Subhanallah..

Melangkah ke alam pekerjaan merupakan suatu pengalaman yang amat berbeza jika dibandingkan semasa berada di alam kampus atau sekolah. Jika dulu hanya berfokuskan kepada teori dan hanya sedikit sahaja praktikalnya, tetapi sekarang semuanya perlu diaplikasikan. Jika dulu statusnya pelajar tetapi sekarang bertukar menjadi pendidik.

Cabaran terbesar ialah untuk mendidik pelajar. Mengajar itu mudah tetapi mendidik pelajar itu bukanlah sesuatu yang mudah. Mudah bagi pandangan mata kasar orang luar yang tidak terlibat secara langsung dengan arena pendidikan. Cikgu banyak cuti...kalau Hari Guru dapat hadiah !....Tetapi apabila memikirkan tugas seorang guru sebagai satu amanah Allah dan setiap amanah itu akan ditanya di akhirat nanti, terasa betapa beratnya tugas seorang guru. Tambahan pula dengan pelbagai karenah pelajar yang tidak menghormati guru dan masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Itulah gambaran pelajar sekolah sekarang.

Setiap sekolah mempunyai biah yang berbeza dan tentunya cabarannya juga berbeza. Tetapi jangan jadikan suatu masalah itu sebagai fokus utama...tabahkan hati, besarkan jiwa dan kuatkan iman untuk hadapinya dengan tenang.

Sabar dan syukur...dua perkataan yang mengandungi maksud yang berbeza. Apabila mendapat sesuatu yang tidak menepati dengan kehendak hati, tentu ada yang berpesan, 'Sabarlah ye...ni ujian ALLAH. Sesungguhnya Allah bersama kita'. Apabila mendapat sesuatu yang menyenangkan hati, pasti tiada ungkapan yang selayakkan dilafazknan melainkan lafaz hamdalah kepada Allah yang selayaknya. Apabila muhasabah diri semula, kita jarang sekali memanjatkan kesyukuran apabila mendapat musibah. Walhal, ujian yang diberikan sesuai untuk kita..yang telah dijanjikan ALLAH selayaknya dengan kemampuan kita. Astaghfirullah...




Untuk sahabat-sahabat yang disayangi...bersyukurlah dan bersabarlah di mana-mana sahaja kita ditempatkan untuk mendidik. Pandanglah kepada seseorang yang kurang bernasib baik lagi berbanding dengan kita. Agar semakin bertambah keyukuran kita.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)

'Islam Manhaj Al-hayah'

3 comments: