Friday, December 4, 2009

Untukmu Adik2ku

Adik-adikku…
Sebanyak-banyak kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi,
Kerna pertemuan kita semalam,
Terasa indah ukhuwah fillah ini,
Susah senang kita lalui,
Suka duka kita hadapi,
Tangis tawa kita rasai,
Segala-galanya kita lakukan bersama,
Untuk menegakkan kalimah Tauhid,

Adik-adikku…
Jalan ini bukannya mudah buatmu,
Kau tak disediakan hamparan merah,
Kekadang kau akan merasa lemah,
Tapi percayalah…
Kau tak berseorangan…Allah bersamamu,
Janji Tuhan pasti berlaku,
Kemenangan pasti datang,

Adik-adikku…
Begitu pantas masa berlalu,
Aku akan meninggalkanmu semua,
Untuk meneruskan kehidupan ini,
Pertemuan & perpisahan memang fitrah kehidupan,
Tapi lebih indah jika segalanya kita lakukan kerana Allah,
Berpisah dimata…dihati jangan,
Ku harap kita terus istiqamah di jalan ini,
Kita bukanlah pemula perjuangan ini mahupun pengakhir,
Tapi penyambung mata-mata rantai perjuangan ISLAM,
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada’…

Adik-adikku…
Moga kita akan bertemu lagi,
Jika bukan di sini…di syurga menanti,
InsyaALLAH…



*Ditujukan khas buat adik2ku yang tersayang…fiza, fifah, wana, hala, yani & linda. Tak lupa juga untuk ikhwah wa akhowat yang masih berada di upsi. Doakan saya terus istiqamah di jalan ini walaupun baru sahaja melangkah meninggalkan alam kampus.

4 comments:

  1. salam kak mas..selamat meneruskan perjuangan..pasni lebih byk la rindu kat kak mas..pelihara ukhwah kte sampai bila2x k..salam syg dr yanie..salam alaik..

    ReplyDelete
  2. salam.insyaALLAH moga2 ALLAH pelihara ukhuwwah kita untuk selama2nya..salam sayang

    ReplyDelete
  3. ukhuwah fillah abadan abada;)

    SAYANG KAK MAS KERANA ALLAH.

    SEMOGA DIRIMU SENTIASA DIBAWAH LEMBAYUNG RAHMATMU

    INSYAALLAH :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Uhibbuki ya ukhti aidhan. Barakallahufik...

    ReplyDelete