Wednesday, October 27, 2010

Nilai Segenggam Ijazah

Bismillahi wal hamdulillah…
Konvokesyen merupakan saat-saat yang amat dinantikan oleh seseorang yang menamatkan pengajian disesebuah insitusi pendidikan tinggi sama ada awam atau swasta. Jika dahulu bergelar mahasiswa/i dan sekarang bertukar status kepada graduan. Status sebagai graduan bukannya untuk dibangga-banggakan bahkan mempunyai maksud yang tesirat.
Semasa di kampus dahulu kita disibukkan dengan pelbagai assignment, kuiz, tesis dan  sebagainya dan selepas ini kita akan berhadapan dengan cabaran kerja dan pelbagai karenah mahupun tuntutan kehidupan. Inilah masanya kita dapat menilai setinggi manakah nilai segenggam ijazah. Nilai segenggam ijazah itu bukan terletak pada PNGK mahupun anugerah yang diperolehi semasa konvokesyen. Tetapi nilainya terletak pada sejauh manakah kita dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dalam konteks seorang hamba dan khalifah di muka bumi ini. Bukannya suatu tugas yang mudah. 
Jika dahulu apabila terlupa ada sahabat yang mengingatkan, namun selepas ini kit perlu lebih berdikari. Sebagai seorang hamba, alangkah baiknya jika ilmu yang diperolehi boleh mendekatkan diri dengan ALLAH. Sebagai seorang khalifah, alangkah baiknya jika ilmu yang diperolehi boleh memakmurkan muka bumi ini. Tujuannya satu iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan dan kebangitan Islam. Sesungguhnya  janji Tuhan pasti berlaku…

‘End of the Beginning’
Teringat kata-kata seorang pensyarah….‘end of the beginning’. Ini adalah pengakhiran  bagi  suatu  permulaan.  Selepas ini langkah akan diteruskan lagi dalam alam pekerjaan  yang amat mencabar. InsyaALLAH, moga2 perjalanan menuntut ilmu ini tidak berhenti di sini sahaja malah berterusan hingga ke akhir hayat sebagaimana yang  dianjurkan oleh Islam….dari  buaian hingga ke liang lahad.
Alhamdulillah, beberapa minggu yang  lepas  dapat  berkongsi sesuatu yang berguna  dengan x-housemateku…tentang perancangan pada masa yang akan datang. Apakah yang akan kita buat untuk 1 tahun, 2 tahun dan tahun-tahun yang akan datang? Nak sambung master ke atau nak kerja terus ke….. Tidak salah merancang. Perancangan bukan suatu angan-angan. Malah amat dituntut. Bukan salah kita jika kita mencapai apa yang dirancang. Tetapi pasti ada hikmahnya. Kerana perancangan ALLAH maha Hebat. Thanks ateh…a good sharing…

Tahniah!
Sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat yang berkonvokesyen baru-baru ini. Pelbagai cabaran yang telah kita hadapi bersama. Terima kasih atas sokongan kalian. Tidak lupa buat ibubapa, pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang banyak membantu. Buat adik-adik yang masih berada di UPSI....fiza, wana, linda, hala, nisah dan lain2 yang tidak disebut...terima kasih atas sambutan kalian terhadap kami... teruskan perjuangan di bumi tercinta.....

'ISLAM MANHAJ AL-HAYAH'

4 comments:

  1. tahniah kak mas..
    semoga dipermudahkan Allah mendidik anak bangsa berlandaskan syariat Allah

    ReplyDelete
  2. selamat mnjdi murobbiah yg baik

    ReplyDelete
  3. bestnya baca entry ni..rasa x sabar2 nk garduate..

    ReplyDelete