Tuesday, October 27, 2009

Tabir 'Final Exam'




Bismillahi wal hamdulillah...

Tabir final exam akan disingkap minggu hadapan. Kini masing-masing sibuk menggunakan masa study week sebaik mungkin untuk mengulangkaji subjek-subjek sepanjang semester ini.

Ini merupakan
final exam bagi tahun terakhir penulis berada di UPSI. Subhanallah...sungguh cepat masa berlalu. Terasa seperti semalam baru mendaftarkan diri di sini.

Untuk diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan, diucapkan selamat menjalani final exam. Buatlah yang terbaik untuk diri, keluarga dan ISLAM. Jangan jadikan kegagalan sebagai suatu fitnah terhadap ISLAM.

Dalam kita berusaha untuk mencapai target masing-masing, janganlah kita lupa untuk memperbanyakkan doa dan tawakkal kepada Allah. Ingatlah bahawa doa adalah senjata orang mukmin.

" ... kemudian apabila kamu telah berazam (membulatkan tekad), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. "
Ayat 159: Surah Al-Imran).

'Sesungguhnya, usaha tanpa tawakkal adalah sombong dan tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia.'

Ingatlah...sesungguhnya usaha kita hanya sedikit cuma. Selebihnya adalah datang daripada Allah. Seandainya DIA tidak meredhai dan memberkati segala ilmu dan usaha yang kita lakukan, pastinya kejayaan itu tidak akan diperolehi. Jadi, carilah keredhaan-NYA dalam setiap apa yang kita lakukan.

Akhirul kalam, ma'attaufik wannajah fil imtihan al-mustakbal. Barakallahufikum...

-Islam Manhaj al-Hayah-


Thursday, October 22, 2009

Kehadiranmu yang kunantikan

Bismillahi wal hamdulillah.

Cahaya Mata

Sallahu'alamuhammmad Sallahu'alaihiwassalam Sallahu'alamuhammad Sallahu'alaihiwassalam

Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk mata
Nikmat ALLAH yang paling bahagia
Nisbah benda lahirlah di dunia
Amanah ALLAH yang mesti dijaga

Diasuh dan dipelihara
Mencuaikan khianat dan dosa
Zahirnya ibubapa yang mendidik mereka
Hakikatnya adalah Tuhan Yang Esa
Bimbing mereka dengan bijaksana

Apakah akan jadi Yahudi?
Jadi Nasrani atau Majusi?
Moga jadi Mukmin yang sejati
Bersabarlah mendidik mereka

Mereka bagai kain putih
Yang lahir dengan suci bersih
Corakkanlah berhati-hati
Besarkan dengan akhlak terpuji

Permata pada ayah bonda
Sinaran bahagia membawa ke Syurga
Bersyukur kepada yang Esa
Atas anugerah nikmat dan rahmatNya

Bentuklah mereka sedari kecil
Taati ajaran agama
Anak soleh harta berharga
Doa mereka untuk kita
(Kenang kita dalam doanya)

LAGU:INTEAM & Nada Syahdu
Lirik :INTEAM & Nada Syahdu


Anak saudaraku yang ke-8, Muhammad Akil Khalis

p/s: Selamat menjejak kaki ke dunia wahai mujahidku (Jumaat, 11.30 malam, 16 Oktober 2009). Moga engkau menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti untuk ISLAM.


-Islam Manhaj Al-Hayah-

Wednesday, October 21, 2009

Surau oh surau

Bismillahi wal hamdulillah…

Alhamdulillah, syukurku ke hadrat Ilahi kerana pada pagi ini Dia mengizinkanku untuk solat Subuh di surau… Bersama adik kesayangan langkahku hayun….

Namun, agak terkilan rasanya hatiku kerana sejak akhir-akhir ni azan lambat berkumandang. Bisik hatiku, ‘mana bilal ni?’ Cepat-cepat kupujuk hatiku untuk husnuz zhon, ‘barangkali bilal study smpai lewat malam kot..lagipun final exam dah nak dekat ni…’.Tidak lama kemudian azan pun berkumandang…

Jika kita imbas kembali sirah junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W), masjid atau surau memainkan peranan yang amat penting. Fungsi masjid bukan sahaja terbatas kepada aktiviti dakwah, malah hal-hal yang melibatkan pentadbiran, sosial dan ekonomi juga turut dijalankan di sini.

Teringatku kenangan semasa berada di KMPh 3 tahun yang lalu. Hidup sungguh masjid al-Muttaqin. Pelbagai aktiviti dijalankan di masjid…qiamullail, iftar, sambutan Awal Muharram dan banyak lagi. Hatta group discussion pun kami adakan dalam masjid. Pada waktu itu, masjid adalah rumah kedua kami. Sungguh indah kenangan itu…

Masjid Al-Muttaqin, KMPh

Solat berjemaah di masjid atau di surau sememangnya amat dituntut lebih-lebih lagi bagi kaum muslimin…(muslimat pun tak salah ke masjid atau surau asalkan menjaga batas-batasnya). Ganjaran solat berjemaah adalah melebihi solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda sepertimana hadis yang kita biasa dengar selama ini.

Dalam satu hadis yang lain yang diriwaytkan oleh Muslim melalui Abu Hurairah di mana Rasulullah (S.A.W) bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian menuju sebuah masjid untuk menunaikan solat fardhu, di antara langkahnya itu ada yang menghilangkan dosa dan ada yang mengangkat kedudukanya”

Subhanallah…sungguh besar ganjaran yang Allah berikan kepada hambanya yang melangkah untuk solat berjemaah di surau atau masjid. Bukan sahaja tawaran pengampunan dosa, bahkan diangkatkan kedudukan kita di sisi Allah.

Jom sahabat…kita pi surau atau masjid. Sama-sama kita menghidupkannya sambil merebut promosi hebat daripada-Nya…

-Islam Manhaj al-Hayah-

Monday, October 12, 2009

Ujian itu adalah tarbiah

Bismillahi wal hamdulillah….

Sabarnye2x…sesungguhnya ini adalah ujian daripada-NYA…. Begitulah kata2 yang sering dilontarkan oleh sahabat kita tatkala musibah yang menimpa diri kita. Senangnya melafazkan kata2.Hakikatnya berat sungguh bahu yang menanggungnya.

Kita sering diuji dengan pelbagai bentuk ujian sama ada kegagalan, kehilangan, kesusahan dan sebagainya. Jarang antara kita yang menyedari bahawa nikmat2 yang Allah kurniakan untuk kita juga merupakan salah satu bentuk ujian daripada-NYA…kejayaan, kesenangan, jawatan, harta dan sebagainya….

Apabila ujian itu datang, kita sering merungut…..kenapa Allah pilih saya untuk menanggung semua ini? Saya tak mampu…argh…… Pernahkah situasi ini berlaku dalam diri kita semua? Jikalau ada, marilah kita sam-sama beristighfar kembali… firman ALLAH yang bermaksud:

”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ingatlah teman, sesungguhnya segala sesuatu yang DIA aturkan untuk adalah yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Hikmah itu kita tak akan nampak selagi mana kita tidak melalui ujian itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang ALLAH rancangkan tidak bersifat sia-sia.

Ujian itu adalah suatu pengalaman yang berharga untuk kita. Ujianlah yang akan mematangkan diri kita. Kerna itu..bersabarlah…Pasti kau akan temui kemanisannya. Ingatlah…DIA tidak akan membebankan sesuatu perkara di luar kemampuan kita. Firman ALLAH yang bermaksud:

”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Jadi, bermohonlah kepada Allah…sandarkan segala pengharapan kepadanya. Moga2 tiap2 ujian yang menimpa, dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Sesungguhnya dari-NYA kita datang dan kepada-NYA kita akan dikembalikan.



Allahu a’lam….

-Islam Manhaj Al-Hayah-

Monday, October 5, 2009

Sibuknye...


Bismillahi wal hamdulillah...

"Sibuknye ntunna...mengalahkan PM"..... Kata-kata itu mengingatkan penulis terhadap cikgu Nik tatkala melihat pelajar-pelajarnya sibuk dengan pelbagai aktiviti...dengan BADATI, BD, BBK dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain semasa berada di sekolah dahulu. Walaubagaimanapun, akademik kami bukan no 2...

Kerja vs Ibadat

Tuntutan kita sebagai pelajar, anak dan sebagainya menjadikan kita alpa dan lupa bahawa terdapat lagi tugas utama yang lebih penting diamanahkan oleh Allah iaitu sebagai khalifah dan hambanya. Sebagai khalifahnya kita ditaklifkan untuk memakmurkan bumi ini dan sebagai hamba pula untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Pengabdian diri dilakukan melalui ibadat. Konsep ibadat amat luas. Kerja itu adalah ibadat?Ya, kerja itu adalah ibadat selagi mana diniatkan kerana Allah dan mengikut syariat Islam. Mudahnya Islam!!!Senyum pun dapat pahala...tak payah keluarkan peluh pun!

'Kenapa kita perlu bekerja...padahal kita akan menuju ke sana nanti??? Jadi buat ibadat jelah...'. Itulah salah satu misconception sesetengah pihak sehinggakan meninggalkan urusan du nia totally.

Rasulullah s.a.w bersabda dengan antara maksudnya, "Bekerjalah kamu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu seolah-olahnya kamu akan mati esok hari".

Indahnya Islam...buat sesuatu mesti bersungguh-sungguh...Kerana apa? Kerana kerja itu adalah ibadat. Namun, jangan jadikan dunia ini sebagai matlamat utama. Sesungguhnya dunia adalah ladang akhirat. Di sini tempat kita menabur benih dan akhirat sana tempat kita menuai hasilnya.

Renung-renungkanlah: "Jadikanlah dunia ini digenggaman, bukan bermukim di dihati"

Allahu a'lam...



-Islam Manhaj Al-Hayah-