Tuesday, November 10, 2009

Allah Sebaik2 Penolong-mu

Bismillahi wal hamdulillah

Sebaik sahaja habis exam untuk paper pagi ini, Aisya terus pulang ke kolej. Sejak keluar dari dewan peperiksaan tadi lagi, hatinya tidak tenteram memikirkan peperiksaan yang baru dilaluinya tadi. “Kenapa aku tidak dapat menjawab soalan tadi dengan baik. Padahal, soalannya bukannya susah sangat. Astaghfirullahal’azim”, bisik hati Aisya.

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. “Erm…elok rasenye ‘qailullah’ jap. Dapat pahala sunat”, bisik Aisya. Lantas dia memejamkan mata. Tepat jam 1 petang, azan berkumandang dan Aisya terus bangkit dari tidur. Langkah dihayun untuk mengambil wudhu’ dan seterusnya menunaikan solat zohor. Selesai mengaminkan doa, tiba-tiba fikirannya melayang-layang teringatkan soalan peperiksaan tadi. Hatinya mula resah. “Ya Allah, rase bersalahnya pada diri sendiri…study last minute. Erm..bukan nak study last minute, tapi kekangan masa. Masa juga yang aku salahkan. Padahal aku yang tak pandai manage masa”, Aisya mula bermonolog.

Mata Aisya mula mengarah ke mushaf al-Quran yang berada di atas rak bukunya. “Baik aku membaca al-Quran jap. Sekuramg-kurangya dapat menenangkan hati yang resah ini”, hatinya mula memujuk. “Erm..nak baca surah ape ye? Baca surah Muhammad, mesti best”, bisik hatinya.



Alunan bacaan al-quran dimulakan…sebaik sahaja tiba pada ayat ke-7, Aisya tersentak. Dia meneliti maksud ayat tersebut.

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Surah Muhammad:ayat 7)

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui resah hatiku ini. Begitu indah percaturanmu tatkala hatiku resah, Engkau tunjukkan dengan ayat dari kalam-Mu yang sungguh indah maksudnya. Ya Allah...moga-moga setiap titisan keringat yang kucurahkan untuk menolong agama-Mu, diterima oleh-Mu. Moga-moga Engkau menolongku dalam ujian dunia yang begitu kecil ini. Kernaku percaya, sesungguhnya janji-Mu adalah benar. Aamin ya Rabbal ‘alamin”, Aisya mengaminkan doa. Dia meneruskan bacaan al-Quran. Hatinya mula kembali tenang.

Moga-moga dapat sama-sama kita mengambil iktibar. Wallahu a’lam.


-Islam Manhaj al-Hayah-