Monday, August 9, 2010

Ahlan Ya Ramadhan Kareem

Bismillahi wal hamdulillah..

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-mubarak untuk semua. Sedar tidak sedar kita berada di penghujung Syaaban dan Ramadahan yang mulia akan menjelma. Sungguh cepat masa berlalu. Jika dihitung apakah yang telah kita lakukan selama 11 bulan lalu, terasa sungguh sedih mengenangkan diri yang masih lagi bergelumang dengan dosa kemaksiatan yang dilakukan. Bagaikan pepasir di pantai, itulah dosa yang dilakukan sampai tak terbilang banyaknya....Astaghfirullahal'azim..Semoga Engkau mengampunkan dosa-dosaku ini. Sungguh luas rahmat-Mu Tuhan...Engkau hadiahkan Ramadhan yang mulia ini untuk menyucikan dosa-dosaku..Itulah bukti kasih sayang-Mu Tuhan....Terima kasih ya ALLAH....



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Bukhari &Muslim)  
  
Sungguh istimewa bulan Ramadhan. Allah  menggandakan pahala bagi orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan serta mengharapkan keredhaan Allah pula akan dikurniakan baginya keampunan dari segala dosa-dosa yang pernah dilakukan itu. Di sinilah terdapat seribu keberkatan. Malah pada bulan inilah juga Allah S.W.T menurunkan kitab al-Quran. 


Semoga Engkau menerimaku sebagai tetamu Ramadhan-Mu...... Semoga Ramadhan kali ini penuh makna untukku dan jadikanlah Ramadhan pada kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu...



Ayuh sahabat2, kita rebut tawaran hebat daripada ALLAH ini. Promosi setahun sekali sahaja. Bersama-sama kita hidupkan Ramadhan dengan qiamullail, tadarus quran, sedekah dan amalan-amalan lain...Rebutlah keberkatan dan keampunan yang kita cari selama ini...  
Ramadhan kareem, kullu 'aam, wa antum bilkhoir....

-iSLAM mANHAJ AL-hAYAH-

Thursday, June 24, 2010

Thank you !!!

Bismillahiwalhamdulillah…..
Sebanyak2 kesyukuran dirafa’kan kepada Tuhan semesta kerana masih membenarkan jari-jemari ini menaip bagi berkongsi sesuatu. Moga2 bermanfaat untuk semua.

Sudah lame rasenye tidak mengupdate blog ini. Maafkan saya sekiranya membuatkan semua tertunggu2 entry yang terbaru. Bukan tidak ingin mencoretkan sesuatu, tetapi dibatasi banyak perkara. Kadang2 di luar jangkaan kita. Tetapi maha hebat perancangan ALLAH. Semuanya adalah yang terbaik untuk kita…. Kadang-kadang terasa amat cemburu terhadap sahabat2 yang selalu mengupdate blog mereka. Syabas saya ucapkan, walaupun sibuk mengajar bagi yang berpraktikal dan menyiapkan assignment bagi yang berada di kampus, namun masih mampu lagi istiqamah berkongsi entry2 yang bermanfaat….

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menjalani praktikal di SMKDA, akhirnya pada 14 Mei yang lalu, tamatlah sesi praktikal di sana. Saya amat bersyukur kerana diberi kekuatan oleh-Nya untuk mengharungi sesi praktikal ini dengan baik. Thanks to my housemate…..ila, diya n nadiah…kerana banyak membantu dan memberi sokongan selama ini.

Terima kasih juga buat cikgu2 SMKDA kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang sesi praktikal ini. Semoga kita dapat menjadi pendidik yang baik. Kerana di bahu kita tergalas satu tanggungjawab yang besar. Kita adalah pewaris nabi.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), bererti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

 
kakak2 yang ceria...k.linda, k.jaja n k.lina.....x cukup ahli ni...k.suzana n k.dila x ade  
Bersama-sama kakak2 DPLI dan GST semasa hari Kokurikulum (k.lela, k.ayu, k.wani, k.isma n k.ma-tak ade dalam gambar)    
Koir hari guru (bersemangat cikgu zuraidi memimpin lagu ‘guru Malaysia’ sehingga kucar-kacir dibuatnya kami menyanyi)    
Sukaneka hari guru (dari depan ust Nazri dan rakan-rakan. Ust, kumpulan kita dapat no 1 acara sukaneka hari guru…dapat Tupperware besar lagi! Ust Nazri suka mengusik kami guru-guru praktikal….)            
To my beloved students, 4ST2 dan 2A1……thanks a lot coz your cooperation and attention during first and second observation…. Sesungguhnya gelagat kalian sepanjang sesi praktikal ini, menceriakan hidup cikgu. Cikgu doakan semoga kalian berjaya di dunia n akhirat. Carilah keberkatan dari segenap ilmu yang diperolehi. Jadikan ilmu yang diperolehi sebagai pelita hidup yang akan menyuluh sepanjang perjalanan kehidupan kalian.  
Dalam sebuah hadis Rasul Allah S.A.W ada menyebut yang bermaksud:
“sekiranya kamu inginkan akhirat, hendaklah kamu berilmu, jika kamu inginkan dunia, hendaklah juga kamu berilmu, dan jika kamu inginkan kedua-duanya, hendaklah juga kamu berilmu.”  
4st2 yang disayangi… Bio is fun!!!            
Pelajar2 2A1 (maafkan cikgu sebab selalu habiskan kelas lambat pada hari isnin dan khamis. Sampai ada yang tertinggal bas…)              
Sesungguhnya kenangan berpraktikal di SMKDA tidak dapat dilupakan. Terima kasih buat pengetua dan barisan staf pentadbiran yang banyak membantu serta semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Buat guru pembimbing, k.suzana, terima kasih atas bimbingan yang diberikan…barakallahufik……        
~Islam Manhaj al-hayah~

Monday, February 22, 2010

Coretan Seorang 'Guru'


Bismillahi wal hamdulillah…
Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Dia masih mengurniakan hembusan nafas yang amat berharga untuk kita terus hidup tanpa mengenakan sedikit bayaran pun. Maha Pemurahnya Allah. Namun masih ramai lagi yang tidak menyedari kenikmatan yang Allah kurniakan sehingga sanggup mengingkari-Nya. 
Sudah lama niat untuk berkongsi sedikit pengalaman menjalani latihan mengajar terhenti gara-gara kesibukan sebagai seorang ‘guru’ di sekolah. Pada mulanya, rasa tidak percaya bahawa saya merupakan antara hamba Allah yand dipilihnya oleh-Nya untuk memikul amanah yang mulia ini. Kalau dahulu seorang pelajar..tapi sekarang kena berfikir camne nak mengajar. Sekilas pandang, amat senang tugas seorang guru, hanya mengajar di sekolah. Namun, pada hakikatnya tidak semudah yang disangkakan. Apatah lagi sebagai pembawa agama Allah. Di mana sahaja kita berada pasti ada yang memerhatikan kita dan tak kurang juga yang mencari kesalahan kita. Betullah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah (S.A.W) cabaran yang akan dihadapi oleh para da’i.
Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan  yang susah:
1.      Mukmin yang dengki padanya
2.      Munafik yang benci kepadanya
3.      Kafir yang memeranginya
4.      Syaitan yang menyesatkannya
5.      Nafsu  yang  sering bertarung untuk mengalahkannya
Moga-moga bekalan  yang  diperoleh semasa  di  sekolah dan kampus dahulu menjadi suatu azimat yang berharga  untuk meneruskan perjuangan ini di medan yang sebenar. Aamin….
Sedih, gembira…. Begitulah perasaan saya yang bercampur-baur. Sedih kerana berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan….ateh, masatirah, dayah, qilah, biha, kak nurul dan lain-lain. Terasa lemah diri  ini tanpa kehadiran  sahabat-sahabat  di sisi. Tiada  apa yang diharapkan daripada kalian melainkan doa yang tak putus-putus untuk diri ini istiqamah dijalan ini hingga akhirnya.
Saya bersyukur kerana dapat menjalani praktikum  di sekolah yang saya pilih…SMK Dato’ Ahmad, Lenggong. Keadaan di sini mungkin lebih tenang berbanding dengan sahabat-sahabat yang berpraktikum di kawasan Bandar. Lenggong merupakan sebuah pekan kecil di Daerah Hulu Perak. Namanya pun dah Hulu Perak…jadi kawasannya boleh dikatakan agak luar Bandar atau dengan kata lain agak pendalaman sikit. Walaupun begitu, infranstruktur di sekolah ini boleh dikatakan agak lengkap. Apatah lagi sekolah ini mempunyai banyak aliran….ada kelas Sains Tulen, MPV, Rancangan Khas Arab, LKJ dan banyak lagi.
Suasana pagi di SMKDA

Pada mulanya agak kekok juga untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sini. Jika semasa di MMP dahulu pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja dan biah nya pun adalah solehah, kini suasana di sini amat berbeza sekali. Tapi alhamdulillah..lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah ini. Agak sedih juga melihat generasi kini dengan pelbagai telatah. Tidak seperti dahulu…pelajar amat menhormati guru. Sekarang segalanya telah berubah. Pelajar tidak lagi semakin kurang ajar. Jika berselisih dengan guru, segelintir  sahaja yang memberi salam….. jadi, camne nak dapat keberkatan dalm pelajaran? Walhal keberkatan itu penting untuk seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Teringat kepada ustaz-ustazah semasa sekolah menengah dulu, mereka banyak menekankan konsep keberkatan dalam pelajaran. Alhamdulillah, hasilnya boleh dilihat daripada  produk-produk  yang dikeluarkan oleh ‘bumi barakah’ yang dicintai.
 Pemandangan indah di MMP, KB
‘Good afternoon ustazah!!!’ begitulah antara gelagak pelajar. Saya mampu untuk  tersenyum sendirian. Mungkin juga kerana penampilan diri saya  sebegini dan saya pula mengajar  subjek Sains, Biologi dan Sivik. Walaupun tidak mengajar pendidikan Islam atau Bahasa Arab dan subjek seangkatan dengannya, tapi jauh di sudut hati ini subjek-subjek itu amat saya rindui dan telah sebati dalam jiwa ini  sejak dahulu lagi. Begitulah  indahnya ilmu agama Islam. Tapi kita tidak boleh nafikan juga Sains, Biologi mahupun subjek-subjek lain merupakan ilmu Allah. Terpulanglah kepada seseorang guru itu untuk menyesuaikan subjek-subjek yang diajar dengan tuntutan Islam. Itulah yang saya sedang fikirkan… Jadi, usaha ke arah  itu perlu digiatkan lagi oleh kita semua. InsyaALLAH, moga-moga  ia menjadi suatu kenyataan suatau hari nanti.  Amin..
Saya  sangat  bersyukur kerana saya mendapat guru  pembimbing  yang  ‘fresh graduate’…lepasan USM. Itulah k.suzana. Baru 1 tahun mengajar disekolah ini. Selepas menamatkan pengajian di USM, k.suzana terus di postingkan di sini. Tak lekang  dia memberi tunjuk ajar kepada saya. Boleh dikatakan setiap kelas yang saya mengajar, k.suzana akan masuk dan observe saya tanpa disuruh. Begitulah komitednya k.suzana terhadap amanah yang diberikan. Setiap kali  sesi observation, k.suzana akan memberi sedikit komen dan cadangan penambahbaikan. Kak Suzana banyak memberi semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik untuk praktikal ni. Terima kasih kak….
Untuk sahabat-sahabat  yang lain, selamat menjalani latihan mengajar. Moga dapat mengharunginya dengan baik. Sesungguhnya..dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung.
-Islam Manhaj al-Hayah-

Sunday, February 14, 2010

Say No To Valentine's Day


Bismillahi wal hamdulillah.....

Mengapa harus seseorang memilih cara hidup yang lain selain ISLAM? Sedangkan ISLAM telah menyediakan suatu cara hidup yang sempurna.

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)


Begitu tingginya ALLAH meletakkan ISLAM sehinggakan tiada mana-mana agamapun yang menyamai ISLAM. Ayuh umat ISLAM sekalian...kita tinggalkan segala perkara yang boleh merosakkan ISLAM dan akidah Islamiyah. Jadikan ISLAM sebagai cara hidup kita.

-Islam Manhaj al-Hayah-

Monday, January 25, 2010

Perjuangan



Bismillahiwalhadulillah...


Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Dia masih mengizinkan untuk jari-jari ini memetik keyboard laptop.
Sudah agak lama blog ini tak terusik dek kesibukan menjalani ROS dan praktikum. Tambahan pula, kemudahan untuk mengakses internet juga amat sukar kecuali apabila berada di sekolah.


Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat yang baru sahaja menghadap Ilahi beberapa minggu lepas..."Hidup ini adalah perjuangan dan perjuangan ini amat meletihkan. Tiada istilah 'rehat' dalam pejuangan ini. Tempat 'rehat' yang sebenarnya adalah di sana nanti". Saya amat terkesan dengan kata-katanya... Al-fatihah untuk arwah akh Faizol & akh Fadhiri..... Moga-moga kedua-dua arwah mendapat 'kerehatan' yang sebenarnya di sisi Ilahi yang menjadi rebutan bagi setiap insan yang bergelar pejuang.


Untuk sahabat-sahabat yang sedang bertungkus-lumus melakukan gerak kerja PRK, selamat bekerja untuk ISLAM. Moga-moga kemenagan mengiringi perjuangan kita.




p/s: Salam mujahadah untuk mujahidah wana dan sahabat-sahabat yang lain. La takhaf wala tahzan. Innallaha ma'ana.....

-Islam Manhaj al-hayah-






Thursday, December 31, 2009

Semakin Jauh Masa Berlalu


Bismillahi wal hamdulillah...
Subhanallah...
Langkah demi langkah dihayun. Masa yang berlalu begitu jauh meninggalkanku. Segala yang berlaku, tersimpan rapi dalam lipatan kenanganku. Segala pahit manis dan suka duka telah aku lalui. Begitu cepat masa berlalu. Semakin hari, semakin bertambah umurku. Tak dapat untukku putarkan masa walaupun sesaat. Yang berlalu tetap akan berlalu. Sedar tak sedar aku berada pada tahun 1431H. Tahun 2010H pula semakin hampir... Teringat aku akan salah satu daripada 6 pesan Imam al-Ghazali kepada anak muridnya...

Imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Muhasabah diri...
Tersentak diriku dengan kata-kata Umar Al-Khattab: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan.... Hari demi hari berlalu. Namun, berapa banyak kita menghitung keburukan, kemaksiatan dan kelalaian yang telah kita lakukan selama ini???Amal kebaikan, ibadat,zikrullah...???Adakah kita hanya berpuas hati dengan amalan kita untuk kita gapai syurga ALLAH??? Kita impikan redha-Nya...namun kita tak sedar sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan selama ini mengundang kemurkaan-Nya.






Astaghfirullah.....
Ya Allah, ampunkan segala dosaku, kelalaian diriku, kemaksiatan yang aku lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Ya Allah, kurniakankah keikhlasan dalam setiap perkara yang aku lakukan. Aku mengharapkan redha-Mu pada setiap apa yang aku lakukan. Jauhkanlah aku dari kemurkaan-Mu. Jangan sehingga redha-Mu yang ku dambakan, namun kemurkaan-Mu yang ku dapat. Jadikanlah hari-hari yang mendatang, menjadikan aku semakin hampir dengan-Mu, bukan semakin jauh dari-Mu seperti hari-hari yang telah berlalu. Semoga Engkau menerima segala amalanku dan kabulkan doaku. Aminn...ya Rabbal 'alamin.


'Islam Manhaj al-Hayah'


p/s: Selamat menyambut Tahun 1431 H dan 2010M buat sahabat2. Tanamkan tekad dan semaikan azam dalam diri agar segala matlamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan. InsyaAllah...Barakallahufikum.....

Friday, December 4, 2009

Untukmu Adik2ku

Adik-adikku…
Sebanyak-banyak kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi,
Kerna pertemuan kita semalam,
Terasa indah ukhuwah fillah ini,
Susah senang kita lalui,
Suka duka kita hadapi,
Tangis tawa kita rasai,
Segala-galanya kita lakukan bersama,
Untuk menegakkan kalimah Tauhid,

Adik-adikku…
Jalan ini bukannya mudah buatmu,
Kau tak disediakan hamparan merah,
Kekadang kau akan merasa lemah,
Tapi percayalah…
Kau tak berseorangan…Allah bersamamu,
Janji Tuhan pasti berlaku,
Kemenangan pasti datang,

Adik-adikku…
Begitu pantas masa berlalu,
Aku akan meninggalkanmu semua,
Untuk meneruskan kehidupan ini,
Pertemuan & perpisahan memang fitrah kehidupan,
Tapi lebih indah jika segalanya kita lakukan kerana Allah,
Berpisah dimata…dihati jangan,
Ku harap kita terus istiqamah di jalan ini,
Kita bukanlah pemula perjuangan ini mahupun pengakhir,
Tapi penyambung mata-mata rantai perjuangan ISLAM,
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada’…

Adik-adikku…
Moga kita akan bertemu lagi,
Jika bukan di sini…di syurga menanti,
InsyaALLAH…



*Ditujukan khas buat adik2ku yang tersayang…fiza, fifah, wana, hala, yani & linda. Tak lupa juga untuk ikhwah wa akhowat yang masih berada di upsi. Doakan saya terus istiqamah di jalan ini walaupun baru sahaja melangkah meninggalkan alam kampus.