Monday, January 25, 2010

Perjuangan



Bismillahiwalhadulillah...


Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Dia masih mengizinkan untuk jari-jari ini memetik keyboard laptop.
Sudah agak lama blog ini tak terusik dek kesibukan menjalani ROS dan praktikum. Tambahan pula, kemudahan untuk mengakses internet juga amat sukar kecuali apabila berada di sekolah.


Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat yang baru sahaja menghadap Ilahi beberapa minggu lepas..."Hidup ini adalah perjuangan dan perjuangan ini amat meletihkan. Tiada istilah 'rehat' dalam pejuangan ini. Tempat 'rehat' yang sebenarnya adalah di sana nanti". Saya amat terkesan dengan kata-katanya... Al-fatihah untuk arwah akh Faizol & akh Fadhiri..... Moga-moga kedua-dua arwah mendapat 'kerehatan' yang sebenarnya di sisi Ilahi yang menjadi rebutan bagi setiap insan yang bergelar pejuang.


Untuk sahabat-sahabat yang sedang bertungkus-lumus melakukan gerak kerja PRK, selamat bekerja untuk ISLAM. Moga-moga kemenagan mengiringi perjuangan kita.




p/s: Salam mujahadah untuk mujahidah wana dan sahabat-sahabat yang lain. La takhaf wala tahzan. Innallaha ma'ana.....

-Islam Manhaj al-hayah-






2 comments:

  1. salam..kak alhamdulillah..6/7..Allah ambil sahabat kita dan Allah ganti dengan kemenangan..syukur Alhamdulillah..doakan kami kat upsi ni ek..=)..rindu akak..huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.Alhamdulillah...kemenangan itu sentiasa bersama ISLAM walaupun kita tidak nampak secara zahirnya. Kerna kemenangan atau kekalahan adalan nialaian ALLAH. Salam mujahadah buat 'jundullah' di bumi upsi.

    ReplyDelete