Thursday, December 31, 2009

Semakin Jauh Masa Berlalu


Bismillahi wal hamdulillah...
Subhanallah...
Langkah demi langkah dihayun. Masa yang berlalu begitu jauh meninggalkanku. Segala yang berlaku, tersimpan rapi dalam lipatan kenanganku. Segala pahit manis dan suka duka telah aku lalui. Begitu cepat masa berlalu. Semakin hari, semakin bertambah umurku. Tak dapat untukku putarkan masa walaupun sesaat. Yang berlalu tetap akan berlalu. Sedar tak sedar aku berada pada tahun 1431H. Tahun 2010H pula semakin hampir... Teringat aku akan salah satu daripada 6 pesan Imam al-Ghazali kepada anak muridnya...

Imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Muhasabah diri...
Tersentak diriku dengan kata-kata Umar Al-Khattab: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan.... Hari demi hari berlalu. Namun, berapa banyak kita menghitung keburukan, kemaksiatan dan kelalaian yang telah kita lakukan selama ini???Amal kebaikan, ibadat,zikrullah...???Adakah kita hanya berpuas hati dengan amalan kita untuk kita gapai syurga ALLAH??? Kita impikan redha-Nya...namun kita tak sedar sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan selama ini mengundang kemurkaan-Nya.






Astaghfirullah.....
Ya Allah, ampunkan segala dosaku, kelalaian diriku, kemaksiatan yang aku lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Ya Allah, kurniakankah keikhlasan dalam setiap perkara yang aku lakukan. Aku mengharapkan redha-Mu pada setiap apa yang aku lakukan. Jauhkanlah aku dari kemurkaan-Mu. Jangan sehingga redha-Mu yang ku dambakan, namun kemurkaan-Mu yang ku dapat. Jadikanlah hari-hari yang mendatang, menjadikan aku semakin hampir dengan-Mu, bukan semakin jauh dari-Mu seperti hari-hari yang telah berlalu. Semoga Engkau menerima segala amalanku dan kabulkan doaku. Aminn...ya Rabbal 'alamin.


'Islam Manhaj al-Hayah'


p/s: Selamat menyambut Tahun 1431 H dan 2010M buat sahabat2. Tanamkan tekad dan semaikan azam dalam diri agar segala matlamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan. InsyaAllah...Barakallahufikum.....

Friday, December 4, 2009

Untukmu Adik2ku

Adik-adikku…
Sebanyak-banyak kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi,
Kerna pertemuan kita semalam,
Terasa indah ukhuwah fillah ini,
Susah senang kita lalui,
Suka duka kita hadapi,
Tangis tawa kita rasai,
Segala-galanya kita lakukan bersama,
Untuk menegakkan kalimah Tauhid,

Adik-adikku…
Jalan ini bukannya mudah buatmu,
Kau tak disediakan hamparan merah,
Kekadang kau akan merasa lemah,
Tapi percayalah…
Kau tak berseorangan…Allah bersamamu,
Janji Tuhan pasti berlaku,
Kemenangan pasti datang,

Adik-adikku…
Begitu pantas masa berlalu,
Aku akan meninggalkanmu semua,
Untuk meneruskan kehidupan ini,
Pertemuan & perpisahan memang fitrah kehidupan,
Tapi lebih indah jika segalanya kita lakukan kerana Allah,
Berpisah dimata…dihati jangan,
Ku harap kita terus istiqamah di jalan ini,
Kita bukanlah pemula perjuangan ini mahupun pengakhir,
Tapi penyambung mata-mata rantai perjuangan ISLAM,
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada’…

Adik-adikku…
Moga kita akan bertemu lagi,
Jika bukan di sini…di syurga menanti,
InsyaALLAH…



*Ditujukan khas buat adik2ku yang tersayang…fiza, fifah, wana, hala, yani & linda. Tak lupa juga untuk ikhwah wa akhowat yang masih berada di upsi. Doakan saya terus istiqamah di jalan ini walaupun baru sahaja melangkah meninggalkan alam kampus.