Monday, February 22, 2010

Coretan Seorang 'Guru'


Bismillahi wal hamdulillah…
Syukur Alhamdulillah, pada saat ini Dia masih mengurniakan hembusan nafas yang amat berharga untuk kita terus hidup tanpa mengenakan sedikit bayaran pun. Maha Pemurahnya Allah. Namun masih ramai lagi yang tidak menyedari kenikmatan yang Allah kurniakan sehingga sanggup mengingkari-Nya. 
Sudah lama niat untuk berkongsi sedikit pengalaman menjalani latihan mengajar terhenti gara-gara kesibukan sebagai seorang ‘guru’ di sekolah. Pada mulanya, rasa tidak percaya bahawa saya merupakan antara hamba Allah yand dipilihnya oleh-Nya untuk memikul amanah yang mulia ini. Kalau dahulu seorang pelajar..tapi sekarang kena berfikir camne nak mengajar. Sekilas pandang, amat senang tugas seorang guru, hanya mengajar di sekolah. Namun, pada hakikatnya tidak semudah yang disangkakan. Apatah lagi sebagai pembawa agama Allah. Di mana sahaja kita berada pasti ada yang memerhatikan kita dan tak kurang juga yang mencari kesalahan kita. Betullah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah (S.A.W) cabaran yang akan dihadapi oleh para da’i.
Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan  yang susah:
1.      Mukmin yang dengki padanya
2.      Munafik yang benci kepadanya
3.      Kafir yang memeranginya
4.      Syaitan yang menyesatkannya
5.      Nafsu  yang  sering bertarung untuk mengalahkannya
Moga-moga bekalan  yang  diperoleh semasa  di  sekolah dan kampus dahulu menjadi suatu azimat yang berharga  untuk meneruskan perjuangan ini di medan yang sebenar. Aamin….
Sedih, gembira…. Begitulah perasaan saya yang bercampur-baur. Sedih kerana berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan….ateh, masatirah, dayah, qilah, biha, kak nurul dan lain-lain. Terasa lemah diri  ini tanpa kehadiran  sahabat-sahabat  di sisi. Tiada  apa yang diharapkan daripada kalian melainkan doa yang tak putus-putus untuk diri ini istiqamah dijalan ini hingga akhirnya.
Saya bersyukur kerana dapat menjalani praktikum  di sekolah yang saya pilih…SMK Dato’ Ahmad, Lenggong. Keadaan di sini mungkin lebih tenang berbanding dengan sahabat-sahabat yang berpraktikum di kawasan Bandar. Lenggong merupakan sebuah pekan kecil di Daerah Hulu Perak. Namanya pun dah Hulu Perak…jadi kawasannya boleh dikatakan agak luar Bandar atau dengan kata lain agak pendalaman sikit. Walaupun begitu, infranstruktur di sekolah ini boleh dikatakan agak lengkap. Apatah lagi sekolah ini mempunyai banyak aliran….ada kelas Sains Tulen, MPV, Rancangan Khas Arab, LKJ dan banyak lagi.
Suasana pagi di SMKDA

Pada mulanya agak kekok juga untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sini. Jika semasa di MMP dahulu pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja dan biah nya pun adalah solehah, kini suasana di sini amat berbeza sekali. Tapi alhamdulillah..lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah ini. Agak sedih juga melihat generasi kini dengan pelbagai telatah. Tidak seperti dahulu…pelajar amat menhormati guru. Sekarang segalanya telah berubah. Pelajar tidak lagi semakin kurang ajar. Jika berselisih dengan guru, segelintir  sahaja yang memberi salam….. jadi, camne nak dapat keberkatan dalm pelajaran? Walhal keberkatan itu penting untuk seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Teringat kepada ustaz-ustazah semasa sekolah menengah dulu, mereka banyak menekankan konsep keberkatan dalam pelajaran. Alhamdulillah, hasilnya boleh dilihat daripada  produk-produk  yang dikeluarkan oleh ‘bumi barakah’ yang dicintai.
 Pemandangan indah di MMP, KB
‘Good afternoon ustazah!!!’ begitulah antara gelagak pelajar. Saya mampu untuk  tersenyum sendirian. Mungkin juga kerana penampilan diri saya  sebegini dan saya pula mengajar  subjek Sains, Biologi dan Sivik. Walaupun tidak mengajar pendidikan Islam atau Bahasa Arab dan subjek seangkatan dengannya, tapi jauh di sudut hati ini subjek-subjek itu amat saya rindui dan telah sebati dalam jiwa ini  sejak dahulu lagi. Begitulah  indahnya ilmu agama Islam. Tapi kita tidak boleh nafikan juga Sains, Biologi mahupun subjek-subjek lain merupakan ilmu Allah. Terpulanglah kepada seseorang guru itu untuk menyesuaikan subjek-subjek yang diajar dengan tuntutan Islam. Itulah yang saya sedang fikirkan… Jadi, usaha ke arah  itu perlu digiatkan lagi oleh kita semua. InsyaALLAH, moga-moga  ia menjadi suatu kenyataan suatau hari nanti.  Amin..
Saya  sangat  bersyukur kerana saya mendapat guru  pembimbing  yang  ‘fresh graduate’…lepasan USM. Itulah k.suzana. Baru 1 tahun mengajar disekolah ini. Selepas menamatkan pengajian di USM, k.suzana terus di postingkan di sini. Tak lekang  dia memberi tunjuk ajar kepada saya. Boleh dikatakan setiap kelas yang saya mengajar, k.suzana akan masuk dan observe saya tanpa disuruh. Begitulah komitednya k.suzana terhadap amanah yang diberikan. Setiap kali  sesi observation, k.suzana akan memberi sedikit komen dan cadangan penambahbaikan. Kak Suzana banyak memberi semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik untuk praktikal ni. Terima kasih kak….
Untuk sahabat-sahabat  yang lain, selamat menjalani latihan mengajar. Moga dapat mengharunginya dengan baik. Sesungguhnya..dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung.
-Islam Manhaj al-Hayah-

Sunday, February 14, 2010

Say No To Valentine's Day


Bismillahi wal hamdulillah.....

Mengapa harus seseorang memilih cara hidup yang lain selain ISLAM? Sedangkan ISLAM telah menyediakan suatu cara hidup yang sempurna.

Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)


Begitu tingginya ALLAH meletakkan ISLAM sehinggakan tiada mana-mana agamapun yang menyamai ISLAM. Ayuh umat ISLAM sekalian...kita tinggalkan segala perkara yang boleh merosakkan ISLAM dan akidah Islamiyah. Jadikan ISLAM sebagai cara hidup kita.

-Islam Manhaj al-Hayah-