Tuesday, September 21, 2010

Siapa Hebat?

Bismillahi wal hamdulillah…Dengan dengan nama ALLAH dan pujian keatas-Nya dipanjatan sebagai pembuka bicara. Siapa lagi yang layak dipuji melainan DIA, Tuhan sekalian alam ini? DIA yang mengurniakan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Sekiranya dihitung nikmat-nikmat itu nescaya tak mampu dihitung walaupun oleh graduan Matematik Universiti Oxford. Jadi, nikmat manakah lagi yang kamu dustakan?
Sungguh egois manusia ini. Sering merasakan diri lebih hebat dari orang lain. Apa orang kata..sindrom ‘ ana khairum minkum’ – saya lebih baik dari kamu. “Saya seorang penulis yang hebat” kata seorang penulis yang terkenal.  “Saya dapat PNGS yang lebih baik berbanding dengan pelajar lain” kata seorang mahasiswa. “Akhlak ana lebih baik darinya” kata seorang da’i. Inilah realitinya kita sekarang. Walaupun tidak pernah melafazkannya, pasti ia terdetik dalam hati kecil apabila merasakan diri lebih baik berbanding orang lain. Wahai diri, lupakah kamu…siapakah yang memberikan idea-idea untuk menulis? Siapakah yang meminjamkan nikmat kebikjasaan kepadamu? Siapakah yang mencampakkan hidayah kepadamu sehingga menjadikan akhlakmu sebagai bunga diri? Kalau bukan ALLAH, siapa lagi? Hebatkah kamu berbanding DIA? Tepuk dada, tanya iman… 
Tidak salah menjadi penulis yang hebat, tidak salah menjadi pelajar terbaik dan tiada salahnya berakhlak mulia. Habis tu apa yang tak kenanya? Singkirkan perasaan riya’, ego dan sombongmu…selami dirimu. Setiap insan pasti tak terlepas dari sifat-sifat ini sekalipun seorang ustaz yang memberikan ceramah tentang bahaya riya’ mahupun seorang penulis blog yang mengupas tajuk ini. Islam sendiri yang menuntut ummatnya menjadi orang yang hebat. Tiada salahnya menjadi hebat. Junjungan Besar kita Rasulullah (S.A.W) adalah manusia hebat. Menjadi ‘qudwah hanasah’ untuk kita semua.

Jika kamu seorang penulis yang hebat, ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Hebat. Dia mampu menarik balik nikmat-nikmat yang dikurniakan dalam sekelip mata. Jika kamu seorang cerdik pandai, ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Bijaksana dan jika kamu seorang yang baik akhlak, ingatlah bahawa ALLAH mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang indah dan baik berbanding kamu. Jadi, asuhlah diri, didiklah hati, rendahkan keegoanmu, padamkan api kesombonganmu yang meluap-luap. Tidak kira kamu seorang penulis, mahasiswa mahupun seorang da’i, jadilah seorang yang merendah diri, tidak riya’ dan sombong. Merendah diri itu tidak beerti engkau rebah. Menundukkan hatimu bukan beerti engkau tersungkur. Walaupun pada pandangan manusia, engkau mungkin dipandang biasa atau sebelah mata sahaja, ingatlah bahawa pada pandangan ALLAH engkau tetap tinggi dan mulia. Lihat mutiara di lautan, walaupun berada nun jauh di dasar lautan biru, tetapi ia tetap berharga…Subhanallah…

Ambillah apa-apa yang bermanfaat daripada coretan ini. Saya amat mengharapkan komen daripada semua jika terdapat sebarang kekurangan mahupun penambahbaikan dan perkongsian yang berkaitan.
Allahu a’lam….
-Islam Manhaj Al-Hayah- 

1 comment:

  1. harap aq x tergolong dlm kalangan yang riak dan takbur.........

    ReplyDelete